Sunday, August 3, 2008

PERMATANG PAUH JUA JADI PILIHAN

Tersiar dalam Sinar Harian Ahad 3 Ogos, 2008, muka N14

Oleh Dr. Aisar Yee Abdullah

Keyakinan bahawa beliau akan ditangkap dalam masa terdekat ini telah mendorong Anwar untuk segera mengumumkan keputusannya untuk bertanding. Isterinya, Datuk Seri Wan Azizah. Anggota Parlimen, Permatang Pauh pada pagi Khamis lalu yelah menyerahkan surat perletakan jawatan untuk mengakhiri tugasnya mewakili rakyat kawasan itu. Beliau berhasrat untuk menyerahkan tugas kepada suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika dizinkan pengundi
.

Pilihan Anwar kepada Permatang Pauh mengejutkan ramai juga kerana beliau tidak pernah sepanjang masa terdekat ini membayang untuk bertanding dalam kawasan itu. Selepas dia dituduh meliwat menganggap bahawa tuduhan itu dibuat bagi menggagalkan cita-citanya. Ketika itulah baru orang ramai tahu bahawa Anwar akan bertanding. Dulu mereka diberitahu bahawa beliau tidak perlu bertindak gopoh bertanding
.

Dia bekerja keras merentasi dan meredah Malaysia untuk memberi penerangan tentang partinya, keutuhan gagasan Pakatan Rakyat dan tentang apa yang dia namakan sebagai konspirasi politik mengahlangnya dari memupayakan dirinya menjadi pemimpin negara ini sebelum 16 September ini
.

Tuduhan meliwat yang dikenakan kepadanya telah menyebabkan beliau lebih giat berkempen dan di dalam kempennya dia sering mengingatkan bahawa dia akan segera mengumumkan satu kawasan yang akan ditandinginya. Suatu ketika dia membayangkan kawasan pilihannya sebagai Bandar Tun Razak. Ramai orang yakin dengan kenyataan tersebut memandangkan AP sekarang bagi kawasan itu, Tan Sri Khalid juga memegang jawatan MB Selangor dan sudah tentu ingin memberi tumpuan kepada tugasnya di Shah Alam
.

Anwar kemudian membayangkan akan bertanding di Bandar Baru Kulim. Kemungkinan suatu pilihan raya kecil diadakan di sana cerah kerana AP kawasan itu, Zulkifli Nordin dari PKR dikatakan berkemungkinan terpaksa meletakkan jawatan jika mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong akibat kelalaian Zulkifli tidak mengemukakan penyata perbebelanjaan yang ditanggungnya semasa bertanding dalam pilhan raya kecil sebelum itu
.

Orang yakin dengan pengumuman Anwar untuk bertanding di situ. Kalau kawasan itu diisytihar kosong dan Zulkifli pula telah pun menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada bosnya bertanding, tidaklah perlu lagi PKR mengambil risiko meminta mana-mana APnya yang lain meletakkan jawatan bagi memberi ruang kepada Anwar. Tindakan itu munasabah. Banyak pihak sudah buat persediaan menghadapi pilihan raya kecil di Kulim
.

Rupa-rupa selama ini melalui pengumuman-pengumuman yang dbuatnya, Anwar hanya berusaha untuk mengaburi mata musuh. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk bertanding di Kulim mahupun Bandar Tun Razak. Persidangan mahkamah di Kulim, sungguhpun akan bermula segera, proses rayuan mungkin akan akan mengambil masa lagi. Mengikut peraturan sekarang, keputusan mahkamah sudah boleh dirayu dan tidak seperti sebelum ini yang sememangnya muktamad
.

Penulis berpendapat Anwar sudah lama membuat ketetapan kawasan untuk ditandinginya. Beliau memilih Permatang Pauh semenjak 15 April lagi, iaitu pada hari dia dikira layak untuk bertanding kembali selepas melepasi tempoh edah yang dikenakan mahkamah akibat hukuman yang dikenakan kepadanya pada tahun 1998 dulu
.

Melalui tulisan yang penulis buat pada 18 April, 2008 yang tersiar dalam ruangan sama akhbar ini, penulis ada menyebut sebagaimana diperturunkan kembali di bawah
:

Selain kawasan itu, Permatang Pauh adalah dijangka menjadi tumpuan utama Anwar. Kalau Anwar memilih untuk bertanding di sini banyak ‘masalah’ dapat diselesaikan serentak. Kalau dia menang, hanya dia dan Nurul Izza sahaja yang akan menduki Dewan kerana ketiadaan Wan Azizah di sana boleh mengelakkan dari tuduhan PKR sebagai parti anak beranak, bapa, isteri dan anak semuanya jadi MP. Sementara itu Wan Azizah sendiri mengisytiharkan bahawa dia sanggup mengosongkan kerusinya bagi membolehkan suaminya bertanding. Para pengundi awal-awal sedar akan hasrat beliau dan mereka masih memilih beliau.

Majoriti kemenangan Wan Azizah melebihi 13,000 tentunya akan memudahkan tugas Anwar untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh berbanding kerusi-kerusi lain yang dihubungkan dengan Anwar mengambil alih.
"

Dalam satu siri kempennya di Pulau Pinang, Wan Azizah sewaktu berucap di sebuah sekolah Cina pada pertengahan Februari mengumumkan bahawa dia akan meletakkan jawatan selepas pilihan raya nanti dan menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi suaminya pula. Pengundi Permatang Pauh sudah pun diberitahu akan kemungkinan ini dan Azizah pada Khamis lalu telah menunaikan janjinya. Tidak timbul tuduhan Wan Azizah mempermainkan pengundi
.

Pemilihan Anwar ke atas Permatang Pauh adalah tepat. Kalau dia memilih Bandar Tun Razak, satu tuduhan besar akan dilemparkan kepada beliau. Beliau akan dituduh mengamalkan kronism. Satu sikap yang dia nyatakan berperang habisan. Asri Haji Muda pernah memegang jawatan Menteri dan masih menjadi anggota DUN dan ada masa pula menjadi MB Kelantan di samping menjadi MP Pasir Puteh. Itu bukan masalah besar. Khalid boleh menjadi seperti Asri
.

Memilih Permatang Pauh juga pilihan tepat kerana kawasan itu mudah menjamin kemenangan. Apakah Anwar perlu menjawab tuduhan bahawa dia memilih kawasan selamat dan bukannya kawasan lain seperti Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baharu? Strategi ini pastinya akan menjadi amalan sesiapa sahaja. Hishamuddin Hussein Onn sendiri tentu tidak akan memilih untuk bertanding di Kelantan, di Kedah atau di Wilayah Persekutuan. Tentulah Johor pilihan beliau. Kalau Permatang Pauh boleh menyelesaikan masalah mendapatkan kemenangan mudah, dan sekali gus menolak tuduhan mengamalkan dasar kronism maka kenapa piliha kawasan lain
?

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa Wan Azizah memilih Khamis 31 Julai untuk mengumumkan perletakan jawatannya sebagai AP. Kenapa bukan hari-hari lain? Sekurang-kurangnya dua faktor dapat penulis gariskan yang mendorong pasangan suami isteri seorang bertindak sebagai Penasihat parti, Anwar meminta Presiden parti, Wan Azizah meletakkan jawatan
.

Pertamanya, penemuan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Pusrawi yang tidak melibatkan Anwar dengan tuduhan liwat. Laporan itu menyebut bahawa tiada apa-apa dapat dikesan dari permeriksaan ke atas dubur Saiful yang menunjukkan beliau telah diliwat. Sungguhpun terdapat usaha untuk mempertikaikan laporan itu tidak muktamad kerana pemeriksaan dibuat bukanlah oleh doktor pakar dan pemeriksaan bukan pula berkaitan tuduhan liwat, orang dari khemah Anwar mudah memperrtikai hujah itu
.

Mereka bertanya dan pasti ini akan dieksploit seluas-luasnya untuk terus menerus membangkitkan teori konspirasi politik bahawa kalaulah mangsa pergi untuk pemeriksaan sakit perut dan susah buang air besar, kenapa pula mangsa diperiksa duburnya. Tentu pelik, mereka pasti mendakwa, kalau sakit perut, dubur pula yang diperiksa. Lagi pula, doktor yang memeriksa itu sungguhpun bukan pakar, pengalamannya berkhidmat sebagai doktor selama 15 tahun pasti membolehkan membuat penelitian dan mengesan dubur yang tercalar atau luka atau menanah sungguhpun pemeriksaan proktokopi oleh seorang pakar adalah lebih tepat
.

Berdasarkan adanya laporan itu yang akan digunakan untuk mempertikaikan laporan perubatan lain yang mungkin menunjukkan sebaliknya, Anwar yakin akan mudah mempengaruhi pengundi Permatang Pauh untuk berpihak kepadanya dan menolak calon BN
.

Beliau pastinya sedar akan satu poll pendapat yang terkini yang dilakukan ole Merdeka Centre ke atas rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang mendapati hanya 11 peratus dari mereka percaya Anwar melakukan perbuatan liwat dan satu angka yang signifikan iaitu sebanyak 66 peratus yang percaya tuduhan itu sengaja dirangka bagi menjejaskan karier politik beliau. Pasti ini akan digunakan sepenuhnya oleh beliau. Peluang ini akan digunakan untuk membalun musuhnya
.

Faktor kedua ialah kerana adanya desas-desas yang mengatakan Anwar akan ditangkap, dihadapkan ke mahkamah untuk menjawab tuduhan dan berkemungkinan ditahan tanpa diberi jaminan akan digunakan oleh Anwar sepenuhnya untuk menggambarkan ‘kezaliman’ kerajaan BN. Simpati dari para pengundi akan diraih dan Anwar berharap sebahagian besar pengundi Permatang Pauh, tempat lahir beliau akan berada di sebelahnya.
Jika beliau ditahan semasa kempen pilihan raya berlangsung, semasa mengundi, pastinya usaha Anwar untuk memberikan gambaran amat negatif terhadap kerajaan dan BN akan berjaya. Anwar berharap untuk menggunakan ini secukup-cukupnya dan kerajaan serta BN terpaksa berhempas pulas membersih imej dan persepsi ini. Anwar terlampau yakin dia akan ditangkap lalu terus tanpa lengah mengumumkan akan bertanding dalam suatu pilihan raya kecil dan dengan berbuat demikian ingin meletakkan kerajaan dan parti BN dalam keadaan amat serba salah dan tertekan.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by ArchiThings.Powered by Blogger